Tarikh : 12 MAC 2023
Masa

: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan penggunaan Microsoft Office Power Point dan mengajar para peserta cara membuat slaid pembentangan dengan mereka buku cerita.

   
Aktiviti 

Peserta diperkenalkan dengan Microsoft Office Power Point dan fungsinya. Kemudian, petugas mengajar cara membuat slaid pembentangan dengan menggunakan konsep membuat buku cerita sambil dipraktikkan oleh peserta.


Lihat Gambar
Tarikh : 11 MAC 2023
Masa

: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan mengenai asas komputer dan cara menaip dengan betul.

   
Aktiviti 

Peserta diperkenalkan dahulu dengan komputer seperti definisi, bahagian dan perkakas yang diperlukan. Selepas itu, kuiz alatan komputer diberikan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan setiap fungsi butang yang ada pada papan kekunci dan diajar menaip melalui laman web typing.com. Sepanjang kelas, peserta dipastikan menggunakan jari yang betul semasa menaip setiap satu butang huruf dan butang fungsi yang berkenaan. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang telah mendapat markah terbaik dalam kuiz alatan komputer.


Lihat Gambar
Tarikh : 25 FEBRUARI 2023
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 7 orang

 

Tujuan 

Mengajar pelajar cara membuat jadual harian menggunakan Microsoft Word

   
Aktiviti 

Pelajar diperkenalkan dengan fungsi jadual secara umumnya. Kemudian, pelajar diajar cara membina dan memformat jadual harian menggunakan Microsoft Word. Pada masa yang sama, pelajar mempraktikkan terus mereka jadual harian masing-masing.

 Lihat Gambar
Tarikh : 26 FEBRUARI 2023
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Melahirkan peserta yang kreatif dan celik dalam penggunaan aplikasi mereka digital serta mengajar peserta cara membuat jadual harian menggunakan Canva

   
Aktiviti 

Peserta diperkenalkan dengan canva.com serta kegunaan dan kelebihannya. Kemudian, petugas mengajar peserta cara membuat jadual harian menggunakan Canva sambil dipraktikkan terus oleh peserta. 

 Lihat Gambar
Tarikh : 21 JANUARI 2023 & 25 JANUARI 2023
Masa

: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Mengajar pelajar asas penggunaan Microsoft Word dan cara memformat kertas kerja untuk digunakan dalam membuat kertas kerja sekolah 

   
Aktiviti 

Pelajar diterangkan mengenai kegunaan dan kelebihan Microsoft Word. Kemudian, petugas mengajar asas menaip dan cara memformat teks sambil dipraktikkan oleh pelajar.

 Lihat Gambar