Tarikh | : 10 Ogos 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap asas penulisan cerpen sambil memanfaatkan teknologi AI untuk memperkaya proses kreatif mereka. |
|
Aktiviti | |
Kelas dimulakan dengan definisi dan asas penulisan cerpen. Kemudian, pelajar diperkenalkan dengan ChatGPT dan cara penggunaan serta manfaatnya. Seterusnya, pelajar menggunakan ChatGPT untuk memilih perwira pilihan mereka dan merangka penulisan cerpen masing-masing. Cerpen yang telah dirangka melalui ChatGPT dimasukkan dalam bentuk poster di Canva berserta gambar perwira yang diceritakan. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 27 Julai 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar melalui penggunaan AI Canva dan ChatGPT. |
|
Aktiviti | |
Kelas dimulakan dengan pengajaran 'How to Make a Sentence'. Di sini, pelajar diberi tugasan untuk membina beberapa ayat mudah dalam Bahasa Inggeris berdasarkan perkataan yang diberi. Kemudian, pelajar diajar cara menyemak tatabahasa ayat yang telah dibina melalui ChatGPT. Selepas itu, pelajar diajar pula untuk menghasilkan gambar melalui AI Canva menggunakan ayat Bahasa Inggeris tadi yang telah disemak/dibetulkan. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 9 Jun 2024 |
Masa |
: 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Meningkatkan kefahaman peserta mengenai bagaimana komputer berfungsi melalui perhubungan peranti input dan output. |
|
Aktiviti | |
Petugas menyediakan set Micro:bit untuk para peserta. Kemudian, peserta diperkenalkan dengan laman web Microsoft MakeCode dan diajar bagaimana membuat kod ringkas. Seterusnya, peserta diberi set Micro:bit dan diminta menyambungkan papan Micro:bit pada komputer untuk melihat output yang terhasil. Sepanjang waktu kelas, peserta mengaplikasikan teknik yang dipelajari untuk menghasilkan kod seterusnya. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 20 Julai 2024 |
Masa |
: 8.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | : Pejabat KEMAS Parlimen Tangga Batu |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan | |
Memupuk semangat cinta dan kasih rakyat kepada Raja Berpelembagaan serta memperlihatkan keindahan adat istiadat Malaysia kepada rakyat terutamanya anak-anak muda. |
|
Aktiviti | |
Program 'Viewing Party' Istiadat Pertabalan Agong ke-17 ini telah diadakan melalui usahasama Jabatan Penerangan Daerah Melaka Tengah dan NADI Taman Tangga Batu Perdana. Antara pengisian lain program ini ialah Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Cabutan Hadiah/Kuiz, serta Taklimat Isu Semasa. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 19 Mei 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Mengajar pelajar cara menggunakan dan menghantar email untuk sebarang urusan pembelajaran yang memerlukan email. |
|
Aktiviti | |
Petugas memberi pengenalan mengenai apa itu email dan Gmail serta dijelaskan kelebihannya. Kemudian, pelajar diajar cara menggunakan dan menghantar email. |
|
Lihat Gambar |