Tarikh | : 5 OGOS 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SMA JAIM AL-AHMADI |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan canva.com dan penggunaannya. Melalui Canva, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara membina resume seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. 3 orang pelajar dengan resume terbaik dipilih dan diberikan cenderahati oleh pihak PEDi. Selepas itu, kuiz juga diberikan untuk menguji lagi pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah. |
|
Tarikh | : 29 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SMK Kg. Gelam |
Peserta | : 40 orang |

Tarikh | : 17 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang peserta berumur 8-12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penggunaan papan kekunci komputer dan mengajar cara bagaimana menaip dengan betul kepada para peserta. | |
Aktiviti | |
Peserta diperkenalkan setiap fungsi butang yang ada pada papan kekunci dan diajar menaip melalui laman web typing.com. Sepanjang kelas, peserta dipastikan menggunakan jari yang betul semasa menaip setiap satu butang huruf dan butang fungsi yang berkenaan. |
|
Tarikh | : 23 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 11 orang kanak-kanak berumur 5-10 tahun. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pengenalan terhadap komputer dan asas menaip pada para peserta. | |
Aktiviti | |
Peserta diperkenalkan dahulu dengan komputer seperti definisi, bahagian dan perkakas yang diperlukan. Selepas itu, kuiz alatan komputer diberikan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Peserta kemudiannya diperkenalkan dengan setiap fungsi butang yang ada pada papan kekunci dan diajar menaip melalui laman web typing.com. Sepanjang kelas, peserta dipastikan menggunakan jari yang betul semasa menaip setiap satu butang huruf dan butang fungsi yang berkenaan. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang telah mendapat markah terbaik dalam kuiz alatan komputer. |
|
Tarikh | : 16 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan | |
Kelas ini yang dihadiri oleh 6 orang peserta, diadakan untuk memberi pengenalan mengenai asas komputer dan Microsoft Office Word. | |
Aktiviti | |
Peserta diperkenalkan dahulu dengan komputer seperti definisi, bahagian dan perkakas yang diperlukan. Selepas itu, kuiz diberikan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari. Kemudian, peserta ditunjukkan setiap bahagian yang ada di dalam Microsoft Office Word berserta fungsinya dalam pembinaan teks. Pada masa yang sama, mereka juga diberi peluang mempraktikkan sendiri cara memformat teks melalui Microsoft Office Word seterusnya diajar cara menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada peserta yang telah menjawab kuiz dengan betul. |
|