Tarikh | : 23 NOVEMBER 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Kg. Seri Pengkalan |
Peserta | : 18 orang |
Tujuan | |
Memperkasa kemahiran usahawan dalam memasarkan produk melalui media sosial Tiktok |
|
Aktiviti | |
Usahawan diperkenalkan dengan akaun Tiktok Professional. Pelatih jemputan memberi penerangan cara membina profil sebagai usahawan Tiktok serta berkongsi tips untuk bina pengikut dan perbanyakkan tontonan video yang dihasilkan. Kemudian, para peserta diajar cara menyunting video menggunakan kesan khas dan bunyi yang tersedia di Tiktok dan mempraktikkan sendiri perkara yang diajar. Selepas itu, usahawan diminta memuatnaik video yang telah siap ke dalam Tiktok masing-masing. Video yang paling banyak tontonan dikira pemenang. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan sijil kepada para peserta. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 6 NOVEMBER 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Mengasah kemahiran pelajar dalam menaip menggunakan keyboard |
|
Aktiviti | |
Pelajar diberi pengenalan mengenai keyboard dan kelebihan menggunakan keyboard shortcut. Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar cara mengaplikasikan keyboard shortcut pada hasil kerja menaip satu per satu sambil diikuti oleh pelajar. Setelah selesai sesi 'hands-on', pelajar diberi quiz untuk menguji pemahaman mereka secara teori. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 15 OKTOBER 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Melahirkan minat dalam membuat coding di dalam kalangan pelajar |
|
Aktiviti | |
Pelajar diberi pengenalan mengenai coding dan diajar asas coding satu per satu berpandukan modul yang telah disediakan. Kemudian, pelajar mempraktikkan sendiri cara membuat coding. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 5 NOVEMBER 2022 |
Masa |
: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan | |
Memberi pendedahan asas pembelajaran Microsoft Word kepada pelajar |
|
Aktiviti | |
Pelajar diberi pengenalan serta penerangan mengenai Microsoft Word, kegunaan dan kelebihannya. Kemudian, petugas mengajar asas menaip dan cara memformat teks menggunakan modul yang telah disediakan. Pada masa yang sama, pelajar mempraktikkan perkara yang diajar. |
|
Lihat Gambar |
Tarikh | : 30 SEPTEMBER 2022 |
Masa |
: 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : SJK(C) Poh Lan |
Peserta | : 29 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. |
|
Aktiviti | |
Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan asas komputer, Window dan Microsoft Office. Setiap topik diselang-selikan dengan kuiz untuk menguji pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Selepas itu, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara memformat teks melalui Microsoft Office Word seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah. |
|
Lihat Gambar |