Tarikh : 9 SEPTEMBER 2022
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 

Menarik minat dan semangat peserta untuk menjadi lebih kreatif.

   
Aktiviti 

Penyampaian hadiah untuk pertandingan poster digital merdeka ini telah dihadiri oleh semua peserta yang terlibat. Hadiah utama diberikan kepada pemenang nombor 1 sehingga nombor 5. Selain itu, hadiah saguhati juga disediakan untuk semua peserta selain pemenang sebagai tanda penghargaan buat mereka kerana telah menyertai pertandingan poster digital ini. 

Lihat Gambar

Tarikh : 28 OGOS 2022
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 11 orang

 

Tujuan 

Menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 dan melahirkan peserta yang kreatif dan celik IT dalam penggunaan aplikasi mereka digital.

   
Aktiviti 

Pertandingan poster digital merdeka ini adalah kesinambungan dari kelas poster digital yang telah diadakan sebelum ini. Peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan telah merekacipta poster digital dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Poster yang telah lengkap kemudiannya dihantar ke email PEDi Taman Tangga Batu Perdana. 

Lihat Gambar

Tarikh : 22 OGOS 2022
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi : SRA JAIM Batang Tiga Timur
Peserta : 40 orang
Tujuan 
Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah.
   
Aktiviti 

Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan asas komputer, Window dan Microsoft Office. Setiap topik diselang-selikan dengan kuiz untuk menguji pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Selepas itu, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara memformat teks melalui Microsoft Office Word seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah.

 

 Lihat Gambar

Tarikh : 26 OGOS 2022
Masa

: 9.30 pagi - 11.30 pagi

Lokasi : SMK Tun Tuah
Peserta : 40 orang

 

Tujuan 
Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah.
   
Aktiviti 

Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan canva.com dan penggunaannya. Melalui Canva, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara membina resume seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. 3 orang pelajar dengan resume terbaik dipilih dan diberikan cenderahati oleh pihak PEDi. Selepas itu, kuiz juga diberikan untuk menguji lagi pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah.

 

Lihat Gambar

Tarikh : 20 OGOS 2022
Masa

: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari (Sesi Pagi)

   3.00 petang - 5.00 petang (Sesi Petang)

Lokasi : PEDi Taman Tangga Batu Perdana
Peserta : 16 orang

 

Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 16 orang peserta berumur 8-12 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk merekacipta poster secara digital dengan menggunakan website canva.com
   
Aktiviti 

Peserta diajar dari bagaimana memilih latar belakang yang sesuai, memasukkan gambar dan tulisan sehingga menjadi satu poster yang menarik. Poster yang direka bertemakan kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan Malaysia. Setelah poster yang direka bersama-sama siap, peserta diajar pula cara menyimpan hasil kerja mereka. Peserta kemudian diajak untuk menyertai pertandingan merekacipta poster kemerdekaan anjuran PEDi Taman Tangga Batu Perdana.

 Lihat Gambar