Tarikh | : 14 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SJK(C) Bertam Ulu |
Peserta | : 23 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan untuk memperkasa kemahiran asas murid dalam pendidikan digital. Ianya merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. | |
Aktiviti | |
Para pelajar diberi pengenalan mengenai peranan dan fungsi PEDi. Kemudian, mereka diperkenalkan dengan asas komputer, Window dan Microsoft Office. Setiap topik diselang-selikan dengan kuiz untuk menguji pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari. Selepas itu, pelajar diajar dan mempraktikkan sendiri cara memformat teks melalui Microsoft Office Word seterusnya menyimpan hasil kerja mereka di dalam komputer. Program diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pihak sekolah. |
|
Tarikh | : 6 JULAI 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : SK Bertam Hulu |
Peserta | : 35 orang |

Tarikh | : 3 JULAI 2022 |
Masa | : 8.30 pagi - 2.30 petang |
Lokasi | : Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan | |
Program ini diadakan sebagai aktiviti awal sempena Karnival Hari Bersama Komuniti dan disertai oleh 50 orang pengunjung dari pelbagai peringkat umur. | |
Aktiviti | |
Pelbagai aktiviti telah dijalankan di PEDi Taman Tangga Batu seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi, dan Pertandingan Masakan Makanan Sihat. Pada masa yang sama, Pertandingan Futsal juga diadakan di Padang Futsal yang terletak di belakang Masjid Tangga Batu. Penyampaian hadiah untuk pemenang setiap pertandingan diberikan semasa Karnival Hari Bersama Komuniti pada 4 Julai 2022 kecuali hadiah Pertandingan Futsal yang telah diberikan pada hari berlangsungnya pertandingan tersebut. |
|
Tarikh | : 4 JULAI 2022 |
Masa | : 8.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 98 orang |
Tujuan | |
Karnival Hari Bersama Komuniti bertujuan menyebarluas peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, program ini juga menyediakan platform sehari dan memberi info kepada usahawan setempat berkaitan latihan yang disediakan di PEDi selain info dari agensi yang berkaitan keusahawanan. | |
Aktiviti | |
Pendaftaran dibuka untuk pengunjung, agensi dan usahawan seawal jam 8 pagi. Agensi yang terlibat ialah SSM, TEKUN, UniKL, dan Klinik Pergigian Seri Tanjung. Program dimulai dengan taklimat dan promosi oleh PEDi, diikuti agensi-agensi dan para usahawan yang terlibat. Pada masa yang sama, Klinik Pergigian Seri Tanjung menyediakan perkhidmatan pemeriksaan gigi untuk semua pengunjung yang berminat. Selain itu, Kuiz Online: Ujian Ketelitian dan cabutan bertuah turut dijalankan. Program diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu kehormat dan diteruskan dengan upacara perasmian Hari Bersama Komuniti, penyampaian hadiah dan cenderahati. Setelah selesai, tetamu kehormat dijemput mengunjungi setiap booth pameran agensi dan usahawan sebelum melawat PEDi dan menjamu juadah yang disediakan. Pada sebelah petang pula, Pertandingan Batu Seremban dijalankan dan dianggap sebagai penutup aktiviti Karnival Hari Bersama Komuniti. Hadiah diberikan sejurus selepas pertandingan tamat.
|
|
Tarikh | : 19 JUN 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PEDi Taman Tangga Batu Perdana |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 10 orang peserta berumur 8-13 tahun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan apa itu komputer serta nama dan fungsi perkakas-perkakas komputer yang ada. | |
Aktiviti | |
Para peserta terlebih dahulu diperkenalkan dengan apa itu komputer, perbezaan bentuk komputer dahulu dan masa kini, dan perkakas-perkakas yang perlu ada untuk menyokong penggunaan komputer. Kemudian, peserta diberi quiz untuk menguji pemahaman mereka mengenai komputer dan perkakas-perkakasnya. |
|